Sekian lama ku menyepi...

Salam ramadhan buat semua...terutama buat sahabat2 di shoubra,agak lama aku menyepi setelah pulang ke tanah air,mohon maaf buat ahli2 bait aku,ust mang,izhar,radin,ashraf n yo yang masih setia menjaga rumah :),bukan aku sudah melupakan sahabat2 disana,tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan,miggu pertama balik ke malaysia,ayah aku dimasukan ke hospital.dan baru seminggu lepas ayah aku dimasukan ke hospital untuk membuat rawatan jantung,Alhamdulillh wa syuru lillah kini semuanya dah selamat..moga2 sahabat2 di sana sentiasa sihat dan ceria dalam bulan ramdhan ini dan gembira dengan kedatangan syawal yang akan tiba,doakan semoga diri ini sentiasa istiqamah dalam mencari keredhoaan ilahi...



Hizbul_Mujahid

Aloq Staq

2.3o am

WAHAI JIWAKU YANG TENANG


Liku-liku cinta terkadang bertemu syurga..Menikmati pertemuan indah dan abadi.. Tapi tidak jarang bertemu neraka..Dalam pertarungan tiada berpantai..

–Rabiah al-Adawiyah-

Pilih saja..Bagaimana mahumu?

SUATU BUNGA RASA

Hari ini dia kelelahan lagi. Kelelahan kerana rasa itu yang tunda menunda di dalam hati. Suatu bunga rasa yang merobek tangkai jiwa, mencarik-carik segumpal daging bernama hati menjadi cebisan-cebisan kecil. Lantas luka itu dicurah dengan air laut, sungguh pedih, sungguh resah, sungguh lelah!

Entah kali ke berapa rasa itu menyeksa nalurinya. Sungguh galau. Mengapa begini? Hairan sungguh. Seingatnya, dia tidak pernah begini. Rasa itu tidak pernah menyinggah hatinya. Alangkah begininya perasaan itu. Alangkah! Mungkin kecewa dengan diri, atau mungkin sebenarnya lebih dari itu, bahagia dengan kuntuman rindu dan penuh harap.

Ah... akhi itu benar-benar membuatnya cemas dan tewas. Dia tidak pernah berperasaan begini seingatnya. Sudahnya, dia hanya diam sahaja. Biarlah rasa itu dia simpan kemas sendiri...kejap...erat. hanya antara dia dan Allah...dan pada setangkai doa yang diraut diadu diratap di hadapan Allah dalam lena dan dalam jaga.

BULAN BERUBAH WARNA

Hari itu dia kesiangan. 7.30 pagi! Belum pernah dia bangun untuk solat Subuh selewat itu. Dalam penyesalan dan istighfar dia meraup mukanya, lantas mengatur langkah ke bilik air.

“Ya Allah.. apa sudah jadi ni...” bisik hati kecilnya.

Pagi itu, akhirnya Mardhiyyah mengangkat takbir dengan hati yang sebal dan penuh persoalan. Kenapa boleh jadi begini? Biasanya dialah orang pertama yang akan bangun bertahajjud, seterusnya mengejutkan teman sebiliknya, lantas berjemaah di surau kolej. Kebetulan pula Aina Fasihah menghadiri seminar 3 hari di JAKIM, dan Nurin uzur syar’ie.

“Erm.. terlewat bangun ke? Maaf tak kejut.. Biasanya awak bangun awal..” Nurin menggosok-gosok matanya.

“Eh, tak mengapa, bukan salah Nurin. Mungkin sebab tidur lewat semalam..” suara Mardhiyyah kedengaran lemah.

Selebihnya dia bermonolog sendirian dalam diam.

Ya Allah.. mungkinkah disebabkan sebelum tidur tadi aku teringatkan Fawwaz dan tidak mengingati dan menyebut namaMu? Dan aku terlupa membaca Al-Mulk.. Ya Allah..maafkan aku. Bagaimana dengan solat tahajudku? Semenjak hayat kedewasaanku ini, sudah jarang aku meninggalkan solat malam.

Memang semalam dia teringatkan Fawwaz sebelum tidur. Biasanya sebelum tidur dia akan membaca Al-Mulk dan membaca doa-doa serta surah-surah pendek pendinding diri. Namun pulang saja dari meeting semalam, sekitar jam 11.45 malam, khusus membincangkan tentang gerak kerja Pilihan Raya Kampus yang bakal menjelang, dia merasa sungguh letih. Letihnya di tahap luar biasa, dengan kuliah dan tutorial seawal jam 8 pagi. Juga letih serta lelah malah sakit mencengkam lubuk jiwa. Kenapa dalam meeting itu dia harus juga hadir!

Usai sampai ke bilik, dia menghenyakkan tubuhnya ke katil. Sungguh penat dan lelah. Namun Mardhiyyah tersenyum jua. Memandang wajah akhi itu mendatangkan ketenangan ke lubuk jiwanya yang terdalam. Sudah dua hari aku tercari-cari wajahnya. Mungkin jodoh aku bertemunya malam ini.

Sudahnya, dia mengambil mp3 player nya dan menyumbatnya ke telinga. Biasanya tangan mulusnya akan dipetik ke folder bacaan Al-Qur’an. Itu yang biasa dilakukan jika dia tidak dapat melelapkan mata. Menghayati bacaan Syeikh Saad Sa’id Al-Ghamidy atau As-Sudaisy yang menggetarkan dan mengharukan itu, terkadang dia turut larut tenggelam dalam bacaan itu bersama linangan air mata. Atau sekadar melayani celoteh DJ stesyen radio pilihannya, IKIM.fm, dengan info dan tazkirah penyubur jiwa Tapi, tangannya terhenti pada lagu itu. Albi Nadak. Dan bayangan Fawwaz dalam meeting itu menerpa kembali. Seperti biasa, dengan kewibawaannya berhujah dan memberi pendapat. Belum dikira renungan dan senyuman spontannya.

Lik

Ana milkilik...

Alangkah indahnya andai dia menjadi milikku. Dan aku akan mempunyai seorang mujahid yang akan sama-sama berjuang bersamaku. Akan ku kuatkannya tika dia goyah, dan pastinya dia akan selalu membisikkan kata-kata perjuangan buat membakar semangatku. Akan kulahirkan tunas-tunas comel yang akan mewarisi perjuangan kami, bahkan sebenarnya merupakan rintisan perjuangan Baginda S.A.W. Akan kusayangi dia sepenuh jiwa dan ragaku. Kerna pasti aku yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertinya. Akan ku sedaya upaya cuba untuk menghadiahkan ‘solehah’ku padanya, agar sejuk mata hatinya dalam bahtera rumahtangga kami.Tentu sekali aku kan bahagia. Mana mungkin aku tidak kan bahagia. Peribadinya cukup meyenangkan. Senyumannya cukup mendamaikan. Penampilannya sederhana dan memikat kalbu. Sentiasa tawadhuk. Paling kuterpikat pada karakternya yang nampak serius di luar. Namun sebenarnya boleh tahan kelakar. Dan paling mengharukan, dia seorang Hafiz! Apa lagi yang diperlukan dari seorang peribadi bernama Fawwaz. Pendek kata, aku tidak sanggup untuk mencintai orang lain selain darinya. Sungguh hatiku bernyanyi begitu.

Dan nyanyian jiwanya yang sarat itu berlagu-lagu di dalam lenanya.. tanpa dakapan Al-Mulk dan Tiga Qul, tanpa selimut air wudhu’..dan tanpa sinar Qiamullail...

WAHAI JIWAKU YANG TENANG!

Pagi sehening itu, Mardhiyyah mengatur langkah ke surau kolej. Di saat ini hatinya sudah tidak keruan lagi. Kalau ditoreh dengan belati tentu sudah tidak berdarah lagi. Kalau dihempap dengan gunung pun entah bagaimana halnya. Yang ada di fikirannya adalah dia. Hanya dia.

“Ya Allah.. aku rindukan dirinya. Aku inginkan dirinya untukku. Betapa beratnya perasaan ini Ya Allah..” dalam sedu sedan istikharah penuh harap, Mardhiyyah mengadu pada Ilahi Rabbi. Air matanya bercucuran merindukan akhi itu. Sudah lama dia tidak melihat Fawwaz. Mengikut cerita teman-teman, dia pulang ke kampung. Ah.. mengapa ramai benar yang suka bercakap tentangnya. Jika namanya terluncur di bibir akhi lain, hatinya bergetar hebat, dan saat namanya disebut di kalangan sahabat muslimatnya, hatinya sungguh hancur dan resah. Mengapa ramai benar yang menyukainya?

Dia berjalan longlai. Usai mandi pagi itu, dia terus mengatur langkah ke surau. Masih awal rupanya. Waktu Subuh belum tiba. Suara unggas-unggas sungguh hening dan hiba, sehiba hatinya yang kerinduan. Sebelum ini, kerap juga dia terserempak dengan akhi itu di hening Subuh begini. Berpapasan ke surau. Di kala begitu, dia melambatkan langkah, biar saja akhi itu mendahuluinya. Ataupun mana-mana muslimin lain. Tidak pantas seorang muslimat untuk berjalan dan buru-buru di hadapan lelaki ajnabi. Biar saja mereka berjalan dulu. Itu lebih afdhal. Seperti halnya yang dilakukan Nabi Musa saat berjalan bersama Shafra yang menjemputnya.

Sesampai di surau, ternyata tiada siapa-siapa. Tiada sahabat muslimin apatah lagi muslimat. Hatinya terasa sunyi dan pilu, sepertimana sunyinya keadaan surau di waktu fajar itu. Dia masuk dan lantas mengambil senaskah Al-Qur’an, lalu duduk bersimpuh. Mardhiyyah memeluk Al-Qur’an itu lantas menciumnya. Matanya terasa panas dan hangat. Dia membuka Al-Qur’an untuk mencari petunjuk. Awal pagi sebelum tidur semula tadi dia usai solat istikharah. Hatinya berkecamuk kerana tiada petanda. Mungkinkah hatinya sungguh berkarat dan berlumut, lalu Allah memberi hijab? Air matanya tumpah. Mengapa murah benar air matanya dua tiga hari ini? Mungkin rindu sungguh. Ah..sungguh penasaran. Hati yang sungguh berkecamuk dan diadun seribu satu rasa. Lantas dia teringat pada coretan ringkas yang dibuat di hujung nota Falsafah Islam semalam.

“..Dua tiga hari ini aku tidak melihatmu.. di mana-mana kucari wajahmu.. namun kau tiada... di mana dirimu? Bagaimana keadaanmu.. lalu aku melalui jalan-jalan kerinduan nan hiba namun kau tiada jua.. Allah sampaikan perasaan ini pada dia.. harapanku..moga benar aku dari rusuknya.. AMIN.."

Dia membuka kitab suci itu secara rawak. Lantas membaca ayat yang dipilih secara rawak mengikut gerak hati. Inilah yang dibiasakannya jika dia dalam kebuntuan dan keresahan. Ternyata hal ini biasa menjadikannya tenang “..Pada hari ketika kamu melihat orang mu'min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, : "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar"1. Ayat ini ternyata menyejukkan mata hatinya. Syurga untuk mukmin laki-laki dan perempuan? Tentu sekali juga untuk suami dan isteri yang berkasih sayang kerana Allah. Bibirnya menguntum senyum sekilas. Lantas dia membelek lagi naskah Al-Qur’an itu mengikut kata hatinya. Dan tangannya terhenti. “..Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang , maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir..”2 Nalurinya bergetar. Mardhiyyah merasa sungguh terkesan. Neraka? Kehidupan sekarangkah yang kuinginkan? Mengigaukan seseorang yang bukan hak? Ah..dia jadi buntu.

Dan dia membelek buat kali ketiga. Saat ini air matanya semakin galak. Gerun dengan gambaran neraka yang maha azab. Adakah selama ini dia sudah tersasar jauh? Matanya tertancap pada Surah al-Mukmin, ayat 55 “..Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi..”

Ah..serasa pujukan Allah itu mengena jiwanya. Adakah aku sudah salah selama ini? Perasaan yang suci ini adakah sudah tercemar? Mungkinkah aku yang tidak sabar, atau akukah itu yang tidak yakin dengan janji Allah? Tangisannya semakin melebat diikuti esakan kecil. Namun, dia mencuba menahan esakannya, kerana lampu di bahagian lelaki sudah terpasang. Mungkin sudah ada yang datang untuk menjadi imam.

Seketika azan dilaungkan penuh syahdu.. Ini suara yang kurindui selama ini! Air matanya kembali melebat Kenapa sekarang perlu hadir pula. Ya Allah.. apakah maksud dari segala ini? Hatinya berkecamuk dan fikirannya berpusing.

Usai azan, suasana kembali hening. Mardhiyyah mengangkat takbir untuk solat sunat qabliyyah, sambil menyeka air mata yang berbaki. Namun hatinya masih dalam kebingungan bernada riang.

Usai solat qabliyyah, masih tiada jemaah muslimat yang datang. Di bahagian muslimin, turut senyap dan sunyi. Namun itulah fenomena dasawarsa ini pada atmosfera kampus. Tarbiah dan program ilmiah tidak mendapat sambutan. Namun, pada program dan aktiviti berunsur hiburan dan liburan, sungguh ramai warga kampus berpusu-pusu! Suatu kebobrokan intelektualisma dan insaniah!

Tiada laungan iqamat. Aneh.

“Assalamualaikum, erm.. enti dah solat?”

Ya Allah, hatinya tersentak. Itu memang suaranya! Seseorang yang dirindui seputar tiga empat hari ini. Dia seperti mahu menangis semula.

“Waalaikumusslam.. erm.. belum..” Mardhiyyah menjawab dengan baki suara yang ada bercampur nada serak.

“Baguslah, boleh solat jemaah bersama, sebab muslimin lain tak ada..” balasnya.

“Erm..ya..” jawab Mardhiyyah ringkas.

Entah mimpi apa, aku solat jemaah dengannya pagi itu. Bukan tidak selalu aku solat diimamkan olehnya, namun hari ini kami berdua sahaja! Tanpa orang lain. Hatiku berbunga bahagia. Alangkah indahnya solat berjemaah dengan orang yang dicintai! Hanya berdua. Gambaran rumahtangga yang sakinah dan dirahmati terapung di mindaku.

Saat Ahmad Fawwaz Auza’iy mengangkat takbir penuh ketenangan, hati Mardhiyyah al-Hasanah diamuk perasaan yang mencengkam. Sungguh hening keadaan tika itu. Dan tika dia mula membaca Al-Fatihah, Mardhiyyah larut dalam bacaannya yang penuh teratur. Terasa ada hembusan yang sejuk turun dari langit dan menyentuh ubun-ubun, lantas menyelinap ke rongga jiwa. Pada rakaat kedua, Fawwaz membaca surah Al-Fajr. Bacaannya sungguh lembut dan mendamaikan. Sesekali ditekan, menyebabkan sesiapa yang mendengarnya terasa syahdu, dan kelopak mata terasa hangat, bergetar hati dengan bacaan ayat Ilahi.

Dan tiba ke beberapa potongan ayat terakhir, jiwa Mardhiyyah tersentak hebat.

Ya ayyuhannafsul mutmainnah

Irji’i ila rabbika raadhiyatan mardhiyyah

Fadkhuli fi ‘ibadi

Wadkhuli jannati

Hai jiwa yang tenang

Kembalilah Kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya

Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku

Dan masuklah ke dalam syurgaKu

Saat bibirnya lembut menuturkan kalimah ‘Mardhiyyah’, hatiku bertambah derunya. Kalimah itu seolah-olah penuh nasihat yang lembut. Sungguh jiwaku tidak tenang selama ini. Aku menjadi pemburu bayang-bayang yang tidak pasti dapat kugapai. Terkadang aku ke program dan kuliah untuk menjadi pemerhatinya yang setia. Walau dia dekat denganku, namun boleh jadi dia bukan untukku. Terdapat pelbagai kemungkinan yang sedia direncana oleh Allah. Bukankah aku sendiri yang selalu berdoa usai ma’thurat, agar janganlah nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walau sekelip mata cuma. Alangkah jika dia bukan tercipta untukku.. Alangkah.. Lalu, bagaimana pula halnya dengan insan yang haq untukku nanti? Tidak adil untuknya bukan? Seketika itu, air mataku tambah melebat. Dan aku menghabiskan solat fajar itu dengan air mata yang kutahan.

Begitu jua saat akhi itu berdoa tulus, muzakarah usrahku pada hari Selasa yang lepas terngiang-ngiang menerpa.

“Jikalau begitu kak Husna, berdosakah untuk berperasaan sebegitu? Ternyata itu perasaan suci anugerah Ilahi..suatu fitrah insani..” aku pura-pura bertanya secara umum.

“Ya...perasaan yang suci, bernada ujian buat hamba-Nya yang dikasihi. Terserah untuk kita bagaimana. Yang penting, ternyata ketenangan itu tidak ada jikalau kita terlalu menurut hawa nafsu sendiri. Sudahnya kita kelelahan. Hindarilah dari terlalu berharap, bimbang kecewa nanti. Bimbang jika perasaan itu memenuhi ruang lebih dari perasaan kita pada Allah. Yang pastinya, Allah bakal mengabulkan permintaan itu jikalau sememangnya dia pantas untuk kita. Berdoa sahajalah yang terbaik untuk diri, walau siapapun dia. Kita tidak tahu akan rahsia Allah. Sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang tersirat, siapalah kita yang lemah dan hina ini..”

Begitupun saat akhi itu melantunkan bacaan bernada tarannum usai solat Subuh tersebut, sedang aku menahan esak tangisku di belakang. Dan pagi Ahad yang hening itu, aku beriktikaf di surau sehingga membawa ke waktu Zohor.

“..Pergilah akhi... Biarkan hatiku sendiri.. Maafkan aku akhi... Tak kusangka aku pernah senyum, menangis dan kegelisahan keranamu.. Maafkan aku wahai bakal rafiq hidupku.. walau siapapun engkau, dari mana pun engkau... doakanlah aku di sini.. untuk kuat menyimpan hati ini padamu.. Ya Allah.. penuhkan cintaMu dalam qalbuku..agar aku tidak lemas dalam cinta yang tidak halal untuk diriku...”

Hai jiwa yang tenang

Kembalilah Kepada Tuhanmu..

Dan ternyata hal itu bisa membuatkan dirinya tenang! Dan ikhlas dalam perjuangan!

Oleh: Syahadah al-Hafeezah

Jangan terkeliru dengan kekejaman ISA


Alhamdulillah, inilah siri penulisan saya yang ke-40. Ia juga merupakan siri yang terakhir. Banyak sudah rasanya yang cuba saya kongsi dan cuba saya gali iktibar daripada penahanan saya sebanyak dua kali di bawah ISA.

Saya cuba luah dan kongsi segalanya agar aktivis dapat mengambil manfaat daripada penulisan saya.

Saya percaya ramai lagi aktivis yang telah melalui penderitaan dan kesengsaraan yang lebih teruk dan dahsyat di bawah ISA berbanding dengan diri saya. Namun, sehingga kini masih ramai yang belum bersedia untuk berkongsi penderitaan dan kesengsaran tersebut melalui penulisan.

Di atas dorongan isteri, anak-anak dan rakan-rakan setia, saya mengambil inisiatif untuk menulis dalam ruangan ini.

Ruangan ini bermula pada 22 Mac 2006. Sejak itu hampir setiap minggu saya menulis. Hari ini, iaitu 11 Mei 2007, sudah lebih setahun saya menulis tentang liku-liku tarbiyyah dari penjara. Siri ini adalah penghujung bagi jalan yang panjang itu.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dalam Harakahdaily.net terutamanya Zulkifli Sulong, Rashidi dan Ahmad Lutfi Othman yang memberi peluang seluas-luasnya bagi saya menyalurkan perasaan hati saya menyingkap apa yang saya dan rakan-rakan lalui di bawah ISA.

Saya juga rakamkan penghargaan saya yang tidak terhingga kepada pembaca-pembaca setia yang menekuni ruangan ini setiap kali ianya disiarkan.

Sokongan daripada Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI dan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja GMI dalam menyebarkan penulisan ini adalah amat dihargai.

Kepada seorang dua isteri yang suami-suami mereka masih merengkok di Kem Kamunting dan tabah membaca penulisan saya ini, saya ucapkan agar terus tabah dan lawan!

Tujuan saya tidak lain daripada untuk berkongsi mutiara-mutiara pengalaman ini dengan aktivis yang menjadikan negara ini pelantar utama perjuangan mereka untuk menegakkan Islam, kebenaran, keadilan dan membela hak asasi manusia.

Jika ada kebaikan daripada apa yang saya cuba kongsi ini, manfaatkanlah ia sebaik-baiknya.

Sebagai penutup tirai, saya ingin membuat beberapa kesimpulan tentang kezaliman ISA dan apakah langkah-langkah berkesan yang perlu diambil oleh aktivis dalam menghadapinya.

Perhatikanlah dengan hati yang penuh sedar:

Kenapa ISA zalim?

ISA zalim kerana:
* menahan dan memenjara aktivis tanpa bicara
* merampas hak kebebasan aktivis
* mencabul hak asasi manusia seorang aktivis
* menafikan hak aktivis membela diri di mahkamah terbuka
* menzalimi isteri, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan aktivis
* memaksa aktivis untuk akur hidup dalam penjara walaupun tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan
* melanggar prinsip bahawa aktivis tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah di mahkamah terbuka
* memenjarakan aktivis dengan niat jahat (mala fide) mereka-reka alasan penahanan
* Setiap aktivis hendaklah betul-betul yakin bahawa kezaliman ISA adalah kerana ia melanggar prinsip-prinsip di atas.
* Jika aktivis tidak sedikit disentuh sekali pun oleh SB semasa tahanan 60 hari atau telah dilayan dengan baik sepanjang ditahan di Kem Kamunting, ISA tetap zalim kerana ia mencabul prinsip-prinsip di atas!
Jangan sekali-kali keliru!

Bagaimana ISA menzalimi mangsa?

ISA menzalimi mangsa dengan berselindung di sebalik undang-undang. Ini dilakukan dengan:

* menahan aktivis selama 60 hari untuk disoal-siasat oleh SB tanpa diberi ruang untuk berhubung dengan peguam atau anggota keluarga
* memenjara aktivis selama 2, 4, 6, 8, 10, 12 tahun atau lebih di Kem Kamunting di atas kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri
* Tindakan pertama dilakukan di bawah Seksyen 73, ISA dan tindakan kedua diambil di bawah Seksyen 8, ISA.

Apa jadi semasa tahanan 60 hari?

Aktivis akan berdepan dengan sebahagian, kesemua atau lebih daripada perkara-perkara berikut:

* aktivis dibawa ke lokasi rahsia
* aktivis dikurung di sebuah sel yang sunyi, kotor lagi menakutkan
* aktivis terpaksa berdepan dengan SB yang ganas dan buas!
* aktivis disoal-siasat berjam-jam
* aktivis dihalang tidur, rehat dan melakukan ibadah-ibadah tambahan
* aktivis dibogelkan
* aktivis dipaksa melakonkan adegan seks
* aktivis dipaksa berjalan itik, lompat katak atau berenang di atas lantai yang kering! * aktivis diludah muka, dipaksa telan air ludah SB atau menghirup air yang dicurahkan di atas lantai
* aktivis dipukul, diterajang, dibelasah dan diseksa dengan dicucuh badan dengan puntong rokok dan lain-lain
* aktivis diliwat dengan sejenis objek atau alat
* aktivis diancam untuk diliwat oleh SB
* aktivis dipaksa membuat pengakuan dan kerjasama serta menandatangani beberapa dokumen palsu!

Apa jadi semasa ditahan di Kem Kamunting?

* aktivis dipenjara tanpa bicara
* aktivis dituduh dengan tuduhan yang direka-reka
* aktivis dipaksa hidup seperti orang salah
* aktivis dipaksa patuh dengan peraturan penjara
* aktivis dirampas hak untuk membela diri
* aktivis dikurung sekali lagi bersendirian dalam sel sunyi
* aktivis dipaksa menjalani program pemulihan
* aktivis didesak untuk mengaku menyesal, sedar kesalahan yang 'dilakukan' dan insaf serta tidak mahu mengulangi 'kesilapan' silam!
* aktivis ditekan agar tunduk kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman
* aktivis didesak agar tidak akan aktif dalam politik atau aktivisme sosial tetapi sebaliknya menumpu dalam membangunkan kerjaya dan keluarga semata-mata!
* aktivis didesak untuk tidak menentang Umno-BN
* aktivis dipujuk untuk menyokong Umno-BN
* aktivis dipujuk dan didesak untuk menjadi ahli Umno.

Apa yang tidak benar tentang pembebasan ISA?

Ketahuilah bahawa aktivis tidak bebas daripada penahanan ISA kerana:

* 'bekerjasama' dan membuat pengakuan di hadapan SB semasa soal-siasat 60 hari
* berkelakuan baik dan mematuhi semua peraturan semasa di Kem Kamunting
* patuh kepada arahan dan mengikuti semua program pemulihan di Kem Kamunting
* patuh kepada nasihat dan percaya sepenuhnya dengan apa yang diberitahu serta janji-janji *SB yang datang setiap tiga bulan menemui aktivis di Kem Kamunting membuat rayuan dan mengaku sudah insaf kepada Lembaga Penasihat semasa berada di Kem Kamunting bagi tujuan agar dibebaskan
* tunduk dan melutut kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman

Apa yang benar tentang pembebasan ISA?

Ketahuilah, insya-Allah aktivis akan bebas daripada penahanan ISA dengan:

*meningkatnya tekanan masyarakat antarabangsa khususnya melalui badan-badan hak asasi manusia
* dimartabatkan oleh Amnesty International sebagai Prisoner of Conscience dan oleh Islamic Human Rights Commission (London) sebagai Prisoner of Faith
* meluasnya tekanan dan tuntutan rakyat tempatan
* semakin semaraknya kempen-kempen yang menuntut pembebasan aktivis
* pendedahan pembohongan dan penipuan pemerintah ke atas aktivis
* terus mencabar keputusan dan tindakan pemerintah menahan aktivis di mahkamah
* Isteri, anak-anak dan keluarga bangkit lawan.

Apa yang mesti aktivis lakukan?

Aktivis mesti bangkit melawan dan jangan sekali-kali duduk diam untuk menanti kebebasan percuma! Aktivis hendaklah:

* bantu GMI gerak dan jayakan kempen di peringkat tempatan dan antarabangsa
* hantar memorandum kepada Suhakam
* keluarkan kenyataan akhbar
* tulis dan terbitkan buku
* tulis dan siarkan rencana dalam media alternatif
* galakkan isteri dan anak-anak untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan berganding tenaga bersama-sama GMI
* galakkan isteri ditemubual oleh media antarabangsa dan media alternatif tempatan
* galakkan isteri dan anak-anak untuk bertemu atau 'ambush' Perdana Menteri dan menteri-menteri tertentu
* lancarkan mogok lapar
* beri sokongan untuk isteri, anak-anak dan rakan-rakan lancarkan mogok lapar serentak di luar.

Apa yang mesti aktivis yakini?

Aktivis mestilah meyakini hakikat sebenar ISA. Ianya terdiri daripada tiga perkara utama, iaitu:

* ISA bukan untuk keselamatan negara. ISA digunakan hanya bagi melindungi kuasa politik Umno-BN
* ISA adalah senjata politik Umno-BN untuk menumpaskan lawan politik mereka. Satu-satunya cara untuk berdepan dengan ISA adalah lawan secara politik
* Jangan takut kepada ISA! Kerana takut itulah yang Umno-BN mahukan daripada rakyat!


Oleh:
Saari Sungib | abuurwah@gmail.com
Sumber:http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7659&Itemid=80

ADAT VS IBADAT DALAM PERNIKAHAN






Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji hanya layak bagi Allah SWT yang telah menciptakan seluruh makhluk di alam ini, dan bagi manusia pula berpasang-pasangan. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi kita Muhammad saw yang menjadi qudwah hasanah buat seluruh ummah, begitu juga ahli keluarga dan para sahabat baginda yang berjuang untuk agama Islam dengan hati yang tabah.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة إن في ذالك لأيت لقوم يتفكرون

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."(Ar Ruum: 21)

Nabi Muhammad SAW bersabda:"Berkahwinlah kamu maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummatku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang".(Hadith riwayat Said bin Abi Waqqas)

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW yang juga merupakan fitrah manusia dalam menyalurkan kasih sayang dan melahirkan zuriat hasil perhubungan yang halal. Barangsiapa yang enggan berkahwin maka tidaklah ia digolongkan dalam kalangan ummat Rasulullah SAW sepertimana sabda baginda dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim yakni:

“Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku).” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Baginda bersabda sedemikian rupa, kerana adanya tiga orang sahabat yang datang berkunjung ke rumah isteri-isteri baginda yang bertanyakan tentang ibadat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Maka apabila dikhabarkan akan ibadat-ibadat tersebut, mereka membandingkan dengan ibadat-ibadat yang telah mereka lakukan. Jelas ia menunjukkan bahawa ibadat yang mereka lakukan amatlah kurang berbanding Rasullah SAW. Lalu mereka berkata sesama mereka “bagaimana dengan ibadat kita? Sedangkan baginda ma’sum..” Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang tahajjud setiap malam. "Dan seorang yang lain berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka. "Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)".

Jelas hadis diatas menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan salah satu sunnah yang amat digalakkan.

Alangkah indahnya apabila dapat bersama yakni berkahwin dengan pasangan kerana dapat melepaskan rindu yang sekian lama terpendam, berkongsi suka dan duka yang dahulunya ditanggung seorang diri tapi kini punyai teman sejati yang sudi bersama dalam keadaan susah mahupun senang. Sungguh bahagia apabila dapat bersatu namun apakan daya jika keluarga masih mempertaruhkan adat mengatasi ibadat dalam hal perkahwinan. Bukan anti adat atau menolak sepenuhnya adat yang dikekalkan bertahun-tahun lamanya, namun jika adat tersebut membebankan kedua-dua pihak pengantin dan ‘dipertuhankan’ sehingga menghalang hajat si teruna untuk menyunting si dara menjadi isterinya, bukankah itu sudah keterlaluan?. Di mana rasionalnya jika kita mempertaruhkan adat semata-mata sehingga membiarkan si dara menjadi ‘dara tua’? Sesungguhnya diantara ciri-ciri wanita solehah adalah wanita yang berkahwin di usia muda.

Pernah suatu ketika, saya berbual dengan seorang sahabat, beliau menceritakan bagaimana susahnya nak berkahwin kerana dihalang oleh keluarga tersayang, pernah beliau sebut pada ibunya “mak, kalau saya nak kahwin tahun 3 ni boleh tak?” beliau cuba memancing perhatian ibunya tapi malangnya setiap kali soalan ini diajukan, jawapan si ibu tetap sama. Menghampakan. Alasan? Masih belajar dan tidak punyai wang yang mencukupi dan pekerjaan yang tetap.

Bukan niat saya hendak melawan kata-kata ibunya tapi sekadar memberi peringatan seperti dalam surah An-Nur ayat 32 dan 33 yakni firman Allah yang bermaksud:“dan nikahilah orang-orang yang masih membujang di antara kamu dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah maha halus (pemberianNya), maha mengetahui. ”(An Nur: 32)

“Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian (dirinya), sampai Allah memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan jika hamba sahaya yang kamu miliki menginginkan perjanjian (kebebasan), hendaklah kamu buat perjanjian kepada mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian daripada harta Allah yang dikurniakanNya kepadamu. Dan janganlah kamu paksa hamba sahaya perempuanmu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri menginginkan kesucian, kerana kamu hendak cari keuntungan kehidupan duniawi. Barang siapa memaksa mereka, maka sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang (kepada mereka) setelah mereka dipaksa”(An Nur:33)

Ayat ini jelas menangkis pendapat si ibu tersebut. “tak ada maknanya kalau tak ada kerja..rezeki bukan datang bergolek, hantaran nak bayar pakai apa?

Begitu juga keadaan yang sama berlaku di pihak perempuan, realiti ini seringkali terjadi ketika mana si gadis memohon restu si ibu untuk mendirikan rumahtangga dengan teman pilihan, kebanyakkan yang dipersoalkan tentang pekerjaan melebihi keagamaan, lebih-lebih lagi jika si anak dan bakal menantunya masih belajar. Bukan apa, malu dan risau dengan kata-kata orang sekeliling apabila ditanya mengenai pekerjaan bakal menantu termasuklah anaknya kelak, malu hendak menyatakan menantu dan anaknya masih bergelar seorang pelajar dan tidak punyai pekerjaan lagi. Pelik tapi benar.

Fenomena seperti ini sering terjadi dalam masyarakat kini yang hanya memandang kebendaan semata-semata dan mengambil kesah pandangan masyarakat sekeliling.

Hendak jual anak ke? Agak kasar bunyinya tapi mungkin itulah istilah yang paling tepat jika hantaran belasan ribu. Masya Allah..kesiannya pihak lelaki! Terbeban sehinggakan sanggup berhutang semata-mata untuk bersatu dengan kekasih hati. Apa rasionalnya jika hantaran RM10 000 tapi bersama hanya setahun dua? Jika kekal sehingga anak cucu sekalipun kalau setiap bulan harus melangsaikan hutang secara ansuran bukankah itu sudah cukup menyusahkan? .

Fikir-fikirkan lah.. Kita selalu marah orang ini berzina, orang itu berdua-duaan berkhalwat dan akhirnya ditangkap 'basah'. Pernah kita tanya kenapa? Ramai yang ditangkap terdiri daripada golongan remaja. Apabila disoal, jawapan yang sering diberi adalah seperti ini; "Nak kawin tak boleh encik, kalau tak jumpa, rasa rindu…nak jumpa kat rumah mak bapak tak bagi, jadi kat sini sajalah tempat kami melepaskan rindu"., itulah dia antara jawapan yang membuatkan saya rasa sedih. Bila ditanya kenapa tak kawin saja? Jawabnya; "Hantaran tinggi sangat, memang nak kawin, tapi kena kumpul duit dulu sikit-sikit, dah cukup baru kawin." Jawapan yang ringkas, tapi itulah gambaran kenapa ramai muda-mudi berkhalwat.

Bagi sesetengah negeri, ada yang hantaran mencecah 8 ke 10 ribu…kenapa terlalu mahal? Kerana wang inilah akan digunakan untuk majlis kenduri dirumah perempuan, Astaghfirullah..tak kan lah kenduri di rumah perempuan pun si lelaki kena tanggung? Dimana sifat bertolak ansur antara ibu bapa dengan bakal menantu? Jika beginilah caranya, maka si lelaki perlu ada sekurang-kurangnya RM15.000 untuk majlis perkahwinan dan persiapan selepasnya.

Mengikut pendapat jumhur ulama’, kenduri perkahwinan adalah sunat muakkad berdasarkan sabda Nabi saw yang bermaksud:

Adakanlah majlis perkahwinan walaupun hanya menyembelih seekor kambing biri-biri.


Masih segar diingatan saya, ketika kakak dilamar oleh seorang jejaka dari negeri Pulau Pinang, keluarga hanya serah kepada kemampuan pihak lelaki, tidak pula meletakan berapa ribu..sekadar mana kemampuan si lelaki, sekadar itulah keluarga terima, lagipun bukan nak jual anak tapi nak kahwinkan anak, inilah antara pesanan Al-Marhum ayahanda tercinta.

Semua ini terletak di tangan ibu bapa. Selamilah hati anak-anak yang punyai niat murni. Jangan disekat hasrat mereka untuk membina rumahtangga yang halal lagi berkat dengan adat yang pastinya menyesak jiwa anak-anak ini. Kalau hendak diletakkan hantaran biarlah logik dan berpada-pada dengan kemampuan pasangan tersebut. Mas kahwin pula kata Nabi SAW yang paling baik ialah paling rendah mas kahwinnya.

Bidalan ‘biar mati anak jangan mati adat’ tidak ada rasionalnya untuk diterima pakai dan dipertahankan. Manakan tidak, adat yang dibela dan dilindungi sedangkan anak dibiarkan separuh mati membela agama tercinta. Mungkin saya kurang fasih tentang maksud tersirat di sebalik bidalan tersebut tapi apa yang pasti bidalan itu hanya mempertahankan adat semata-mata yang entah di mana jaminannya. Alangkah indahnya jika bidalan tersebut dapat ditukarkan menjadi ‘biar mati adat jangan mati ibadat’!

Jika bukan kerana adat, pasti ramai yang telah dapat melayari bahtera yang diimpikan bersama, melahirkan zuriat-zuriat yang halal dan sihat serta dapat menghindarkan segala maksiat termasuklah zina. Alangkah indahnya..tapi apakan daya seorang anak yang wajib mentaati perintah ibu bapanya kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya.

Tepak sireh adat dijulang
Membawa hajat seribu harapan
Cinta berputik kasih gemilang
Suci ikatan dengan pernikahan

Sekian wassalam

Oleh: Az Zuhdi


Kegagalan Rosmah Najib 100 hari, sorotan ke atas Surah Al-Lahab

Baru-baru ini di Unisel, ada gesaan keras dalam kalangan pelajar sendiri supaya Rosmah Mansur tidak lagi menjadi NC di universiti tersebut. Pandangan ini mempunyai asas yang kuat. Rosmah tidak mempunyai kelayakan akademik yang meyakinkan. Adakah hanya kerana beliau isteri Perdana Menteri, maka wajar beliau menerima kedudukan tinggi itu di Unisel? Ketibaan Rosmah itu bukan hanya di Unisel, malah isteri Perdana Menteri itu kerap diundang ke universiti-universiti. Terbaru, ketibaan beliau disambut dengan contengan dinding di Universiti Malaya. Kerap kali dakwaan bersilang telah kita dengar ke atas Najib ini. Dan, akar kemusnahan Najib ini bukan bermula daripada rakan-rakannya, tetapi melalui isterinya.

Rakan-rakan dalam pemerintahannya bukanlah liabiliti besar bagi Najib, tetapi Rosmah itu sendirilah bebanan besar terhadap Najib ke atas 'perjuangannya' selama ini. Najib perlu meneliti apakah yang terjadi ke atas Taj Mahal, lambang cinta Shah Jihan ke atas isterinya. Juga, Najib perlu mengkaji kesan pengaruh permaisuri Perancis yang turut menyumbang kepada revolusi Perancis.

Pada zaman ini, mungkin kesan pengaruh isteri pemerintah yang telah menyumbang kejatuhan suaminya adalah Imelda Marcos di Filipina. Wanita pertama yang dicela dalam al-Quran Ketika baginda Rasulullah s.a.w sedang berusaha keras menyampaikan seruan dakwahnya, tiba-tiba Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri datang memberikan ungkapan celaka ke atas dakwahnya itu. "Binasa engkau he Muhammad! Adakah hanya kerana ini, engkau menghimpunkan kami di sini?!" herdik si Abu Lahab. Serta merta, tanpa bertangguh, maka turunlah ayat al-Quran yang menggemparkan. "Binasa tangan Abu Lahab kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa," demikian Allah s.w.t menyambut celaan Abu Lahab dengan pantas sekali.

Jika direnung kalimat demi kalimat sebagai yang tertera dalam Surah al-Lahab ini, kita akan dapati telah wujudnya semacam saling kaitan antara tindakan Abu Lahab itu dengan perancangan oleh isterinya. Jika ditinjau hubungan itu dengan Najib bersama isterinya, nescaya hal itu sedikit sebanyak ada jugalah persamaannya. Mungkinkah Rosmah banyak membantu Najib dalam hal-hal tertentu sebagai isteri Abu Lahab yang tidak terkenal namanya, tetapi telah diperihalkan Tuhan di dalam al-Quran itu? Nama isteri Abu Lahab ini adalah Arwa dan digelar Ummu Jamil. Jadi, marilah kita sama-sama merenung hubungan Rosmah, Najib seperti mana hubungan Arwa, Abu Lahab ini.

Pertamanya, untuk kali pertamanya dalam al-Quran telah wujud celaan dan cercaan balas ke atas musuh Islam sedangkan pada saat itu, ayat al-Quran sunyi daripada kritikan balas semacam itu.Wahyu-wahyu yang diturunkan sebenarnya cenderung ke arah membangun fikiran Tauhid, meneguhkan akar tunjang keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan dan bukannya membelasah musuh Allah.Tetapi, dengan tiba-tiba, Allah s.w.t telah mengisytiharkan perang ke atas Abu Lahab, malah kali ini isteri kepada bapa saudara Rasulullah s.a.w itu sendiri. Walhal Arwa itu bukanlah orang lain malah ibu saudara baginda sendiri. Dalam hal inilah, Abu Jahal sedikit berbeza dengan Abu Lahab.

Apakah celaan Allah ke atas Abu Lahab ini mungkin ada terkait langsung dengan isterinya, Arwa? Apakah isteri Abu Jahal itu tidak setebal itu permusuhannya dan tidak begitu keras permusuhan ke atas baginda, berbanding Arwa atau gelarannya Ummu Jamil itu? Wallahu'alam.Tiada faedah usaha merekaDiriwayatkan, sebelum ini telah berbagai-bagai usaha yang telah dilakukan Ummu Jamil dan Abu Lahab guna menyekat kemaraan dakwah Rasulullah s.a.w itu. Antara kaedahnya adalah menyekat laluan jalan baginda ketika berpergian untuk membuat seruan agama itu.

Sebab itulah, mungkin ketika Abu Lahab mencela baginda itu, kemuncak kemurkaan Tuhan itu telah tiba dan menyebabkan celaan ke atas Abu Lahab dan isterinya kekal sehingga kini di dalam al-Quran.Pertamanya, tangan Abu Lahab dicela Tuhan sebagai akan binasa termasuklah batang tubuhnya sendiri. Ini bermaksud, segala usaha melalui tangan Abu Lahab itu tiada ertinya lagi malah tubuhnya sendiri akan dijilat api neraka. Apakah Najib juga akan bakal menerima padah yang sama? Wallahu'alam.

Ayat kedua berbunyi, 'Tiada berfaedah kepadanya harta bendanya serta apa yang dia usahakan.' Ayat ini bermaksud, segala harta kekayaan Abu Lahab yang menggunung dan usaha yang beliau lakukan selama ini dengan kekayaan itu guna menyekat dakwah baginda juga sangat tercela di sisi Tuhan. Mungkinkah amalan Najib mengaut komisen yang banyak daripada pembelian helikopter Nuri termasuk komisen pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis sehingga mengakibatkan terbunuhnya Altantuya dari Mongolia itu dapat ditenggelamkan oleh 'amal solehnya' menjelang 100 hari pemerintahan ini?

11 hadiah untuk rakyat menjelang 100 hari pemerintahan Najib itu tidak dapat menenggelamkan usaha gelap beliau membeli tiga Adun Perak hingga membawa musibah tsunami politik dan gerhana siasah di Perak. Dengan kekayaan komisen kapal selam Scorpena, helikopter Nuri, PR di Perak telah rebah.Najib, Abu Lahab di dalam neraka?!'Kelak dia (Abu Lahab) akan masuk ke dalam api yang bergejolak.' Firman ini juga ditujukan kepada Najib jika beliau masih belum bertaubat kepada Allah dan memohon maaf kepada rakyat ke atas segala usaha beliau yang banyak menyusahkan rakyat selama ini.

'Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.' Ayat ini tiba-tiba ditujukan kepada Arwa atau Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab. Terbelalak mata Ummu Jamil mendengarkan dirinya turut dicelakan oleh anak saudaranya sendiri dalam pidato itu. Pidato itu bukan sebarang pidato, kerana isinya langsung diterima dari langit. Mungkin, seksaan seperti ini juga yang bakal diterima oleh Rosmah kelak di neraka dengan sebab beliau menyekat usaha kebaikan selama ini secara tersirat.

Kayu bakar yang dibawa oleh Arwa dan Rosmah nanti mungkin gambaran kepada dosa-dosa yang telah mereka lakukan di dunia ini kerana telah membantu usaha suami mereka dalam perkara kejahatan.
Seorang isteri yang baik sepatutnya bertindak menasihatkan suaminya agar tidak terjebak dalam kancah maksiat dan kemungkaran. Lihatlah perilaku Asiah yang bersuamikan Fir'aun itu. Dengan kelembutannya dia memujuk agar Musa yang masih bayi itu tidak dibunuh, sebaliknya dipelihara.

Tapi, sikap dan nilai-nilai semacam itu tidak terbit dari jiwa Ummu Jamil dan Rosmah. Sebaliknya, wanita seperti Rosmah ini melindungi Najib daripada pertuduhan rakyat ke atasnya yang terkait dengan model dari Mongolia itu. Malah, yang terbaru, zaujah Najib kini terpalit dengan dakwaan ilmu hitam pula. Jika benar, pengamal ilmu hitam ini tentulah akan 'beristirehat' di neraka kelak sehinggalah zaujah Najib ini benar-benar bertaubat dan membuang segala amalan yang dilakukannya selama ini.

'Yang di lehernya ada tali dari sabut.' Nas ini pula menjelaskan kepada kita bahawa Arwa kelak, selain dia membawa kayu api, maka di lehernya ada tali yang diperbuat daripada sabut. Jika sabut ini seperti sabut kelapa, agak aneh juga. Sabut kelapa tentulah terbakar hangus dengan cepat, dijilat api. Mungkin sabut ini seperti rantai besi yang berjeriji tajam, tercangkuk di leher Arwa. Bilah-bilah gerigi besi tajam dan runcing di hujungnya inilah yang mungkin menikam daging leher Rosmah kelak

Hukuman yang seperti ini mungkin agak istimewa dan termasuk dalam kategori hukuman yang 'special' kerana isteri penguasa, isteri mustakbirin cuma sedikit jumlah bilangannya dan isteri penguasa yang tak menegur kesilapan suaminya, malah mewah pula dengan maksiat, mereka ini amat dimurkai Allah. Abu Lahab tergolong dalam kumpulan pembesar Quraisy, golongan penguasa dan pembesar. Isterinya Arwa adalah pembesar. Maka, demikianlah halnya dengan Najib dan Rosmah.'Universiti' Hogwart, gedung ilmu sihir?

Alkisahnya, wujudlah dakwaan kejam ke atas Rosmah mutakhir ini yang mengaitkan dirinya dengan hal ehwal ilmu sihir, ilmu hitam. Dakwaan yang mengeruhkan imej beliau ini perlu dijernihkan segera. Dalam negara ini, bukannya sukar sangat untuk kita mencari gerangan siapakah yang telah mengirim hal perkhabaran di internet. Semuanya boleh dijejak dengan mudahnya oleh pihak polis. Tapi, zaujah Najib dan PM sendiri tidak ambil kisah dan tidak peduli mengenai hal tersebut. Walhal, polis boleh bertindak menangkap golongan yang telah mencemarkan imej Rosmah itu.

Kita tidak khuatir sangat jika Rosmah adalah wanita biasa, tapi beliau dilihat sebagai wanita pertama dan dalam keadaan begitu pun, imejnya telah runtuh, diruntuhkan oleh jelmaan gelap yang disiar di internet baru-baru ini berhubung keterlibatannya dengan ilmu haram tersebut.Rosmah sebagai Naib Canselor Unisel, wajib ke atasnya memelihara maruah diri, keluarga dan suaminya sendiri. Tindakan segolongan pelajar termasuk warga Unisel yang cemas sehingga mahu Rosmah segera berundur, meletakkan jawatan sebagai NC universiti itu adalah tindakan yang sangat wajar.Tak lama lagi, pawagam-pawagam kita akan menyiarkan filem Hollywood Harry Potter versi baru; sebuah fiksyen yang mengisahkan segolongan anak muda yang dilatih belajar ilmu sihir di sebuah institusi. Nama institusi pendidikan itu ialah Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Atau, dalam ungkapan yang mudah disebut, Sekolah Hogwarts, pusat latihan ahli-ahli sihir yang dibangunkan dengan bertujuan mencetak ratusan ahli-ahli sihir untuk keperluan yang entah tidak diketahui apa motifnya.

Apakah perjuangan institusi ini? Kita pun tidak tahu. Namun, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry sudah cukup membayangkan kepada kita bahawa sudah ada idea-idea kasar untuk membangun sebuah gedung pengetahuan, menara ilmu yang melatih tenaga-tenaga penyihir pada masa hadapan.Rosmah tak perlu letak jawatan sebagai NC Unisel jika warga universiti itu memang ingin menjadikannya sebagai Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry atau Universiti Hogwarts, Selangor.

Oleh:Arifin Mahmud
Harakahdaily.net

Wanita: Di Mana Hilangnya Malu?


SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.



Sumber:www.iLuvislam.com

http://www.yadim.com.my/Wanita/WanitaFull.asp?Id=151

Manusia tidak lekang daripada ujian

Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim, sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya.

Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang Islam semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup. Allah SWT tidak memberi mereka meraba-raba dengan ujian yang didatangkan kepada mereka, akan tetapi Dia mengajar mereka untuk berlindung dan bermohon kepada-Nya melalui program ibadat solat dan sabar dalam menghadapi ujian.

Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud: "Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk."

Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar."

Kedua-dua ayat tersebut di atas, memberi penjelasan bahawa Allah SWT telah meletakkan syarat terpenting dalam menghadapi ujian-Nya ialah dengan berbanyak sabar dan melakukan solat, sama ada yang wajib atau sunat, kerana dengannya kita boleh bermohon kepada-Nya untuk menyelamatkan kita daripada sebarang bentuk marabahaya yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.

Sifat sabar itu lahir apabila manusia ditimpa ujian getir daripada Allah SWT, ia bertujuan untuk memperkasa diri Muslim untuk terus berhubungan dengan Allah sebagai tanda penyerahan diri mereka hanya kepada Allah, dan sabar itu pula boleh dikategorikan sebagai berikut;

1. Sabar dalam melaksanakan segenap perintah Allah dengan penuh rasa khusyuk dan pasrah kepada-Nya.

2. Sabar dalam meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya dengan penuh rasa tanggungjawab.

3. Sabar dalam menempuh segala ujian, kerana ia mengandungi kebaikan untuk semua.

4. Sabar ketika berhadapan dengan maksiat.

5. Sabar terhadap ketentuan dan musibah.

Apabila dilihat kepada sirah para anbiya tidak seorang pun daripada mereka yang tidak diuji oleh Allah, namun ujian yang ditimpakan ke atas mereka tidaklah sama antara seorang rasul dengan yang lain, justeru baginda ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud; "Para anbiya adalah golongan yang paling dahsyat ditimpakan ujian oleh Allah, kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama)."

Sehubungan itu, Almarhum Ustaz Mustafa Masyhur (Mursyidul Am kelima Ikhwan Muslimun menerusi tulisannya 'Bekalan kepada Para Da'ie' ada menyatakan, bahawa mana-mana individu atau jemaah tertentu yang memperjuangkan Islam, jika tidak melalui proses ujian, maka ia masih belum boleh dikatakan berjaya dalam dakwahnya.

Beberapa perkara yang berkaitan dengan ujian

1. Bahawa Allah SWT menjadikan ujian sebagai sunnah-Nya, supaya Dia mengetahui di kalangan hamba-Nya yang jujur dan mana yang berdusta, mana yang benar-benar beriman dan mana yang munafik. Jika sekiranya semua perkara itu mudah dan penuh dengan kesenangan, nescaya semua orang akan mengaku bahawa dia adalah seorang yang jujur, benar dan beriman. Akan tetapi, Allah mengetahui orang-orang yang benar-benar jujur dan orang yang melaksanakan solat lima waktu.

2. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada setiap ujian, iaitu membersihkan orang-orang yang komited dalam perjuangan mendaulatkan Islam, supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang menghina orang-orang soleh dengan pelbagai tindakan jahat, termasuk para da'ie, penuntut ilmu, para ulama dan para wali Allah.

3. Antara rahsia daripada ujian dan cubaan yang diturunkan Allah ke atas permukaan bumi ini, iaitu penghapusan pelbagai kesalahan dan dosa yang terdapat pada diri orang-orang pilihan, sehingga Allah akan gugurkannya hingga ke akar umbinya.

4. Bahawa agama Islam ini, meskipun sering diberitakan bahawa ia sudah menang dan berjaya, sebenarnya di tengah-tengah perjalanan, masih penuh pelbagai cabaran dan tentangan, cubaan dan konspirasi jahat yang merintang, sehingga seorang mukmin masih bimbang menghadapi pelbagai konspirasi busuk yang dilancarkan syaitan yang berupa manusia terkutuk dari setiap pintu, jendela dan setiap arah.

5. Kita mampu menyingkap pelbagai konspirasi jahat musuh-musuh Islam, hingga kita mengetahui bahawa konspirasi busuk mereka tidak terbatas pada satu dimensi sahaja, akan tetapi datang dari semua arah dan tempat, pembunuhan, penjara, pengusiran, pencemaran nama baik, pembohongan, tipudaya dan sebagainya. Akan tetapi semua itu akan berakhir dengan kegagalan.

6. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada ujian yang ditimpakan, iaitu agar seorang hamba sentiasa berjuang dan bangkit daripada jurang kerendahan dan kehinaan, serta berjuang kembali dengan tenaga dan semangat baru dan mengembalikan aktivitinya setelah keluar daripada ujian ini dengan jayanya.

7. Hendaklah seorang hamba itu merendahkan diri, patuh, tunduk dan berlindung kepada Allah serta bermunajat kepada-Nya, kerana kemenangan hanya ada di tangan-Nya dan kemuliaan hanya wujud dengan merendah diri kepada-Nya.

8. Kejujuran dan keyakinan tauhid hanya kepada Allah SWT. Hal ini dapat diketahui oleh orang yang telah cuba menerapkan kalimah La ilah Ilallah, di mana kejujuran yang kukuh tidak akan nampak kecuali saat hamba itu mendapat ujian, maka itulah ucapan kalimah tauhid yang diungkapkan dengan penuh kejujuran dan keyakinan dari dalam hatinya.

Justeru, tauhid ini akan dapat dilihat dengan jelas pada masa-masa berlakunya krisis, sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat 65 surah al-Ankabut yang bermaksud: "Maka apabila mereka menaiki kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-nya.

Sumber:Harakahdaily.net

Oleh:Ustaz Zainudin Hashim